V. MEMBINA JATI DIRI MELALUI SUBJEK SEJARAH
(SME)
Pendidikan Sejarah mempunyai
komponen yang mencukupi bagi membentuk jati diri rakyat Malaysia. Apa yang
perlu dilakukan oleh guru atau fasilitator ialah:
i.
Membangunkan
pemikiran kritis
ii.
Menggalakkan
pemikiran lateral dan penyelesaian masalah
iii.
Gabungkan
pengetahuan sedia ada dan pengalaman
iv.
Bagi
ruang untuk kerja berkumpulan
v.
Tingkatkan
keyakinan pelajar
vi.
Jadikan
pembelajaran dan pengajaran sesuatu yang menyeronokkan.(kebanyakan pelajar akan
merasa bosan jika duduk dan mendengar untuk jangka masa yang lama mungkin
80-120 minit.Oleh itu rehatkan mereka dengan aktiviti bebas atau
perbincangan.(Margaret Edwards,Chris Mc Goldrick and Martin Oliver : m/s 65)
Guru boleh membina kefaham
pelajar dan kreativiti pelajar dengan menyusun pembelajaran mengikut Domain
Taksonomi Bloom iaitu :
i.
Aras
Pengetahuan
Tujuan
: Mengingat semula perkara yang sudah dipelajari tanpa berlaku sebarang
perubahn
Objektif
am : Mengetahui
Objektif
Khas : Melabel,menyatakan,menuliskan dan menamakan.
ii.
Aras
kefahaman
Tujuan
: memahami sesuatu
2. Menjelaskan sesuatu
Objektif
am : memahami,menjelaskan,menjangkakan kemungkinan
Objektif
khusus :
Menjelaskan,menerangkan,membezakan
iii.
Aras
aplikasi
Tujuan : Untuk
pengetahuan abstrak
2. Untuk menjelaskan menyelesaikan masalah /situasi
yang abstrak kepada konkrit (maujud).
Objektif:
Menggunakan, menyelesaikan
Objektif
khusus : mennghubungkaitkan,menyelesaikan mengendalikan.
iv.
Aras
analisis
Kebolehan
menceritakan dan menyusun perkara yang telah dipelajari kepada beberapa
bahagian
Tujuan:
Menaakul sebab
2.Meleraikan sesuatu komunikasi
kepada beberapa bahagian
Objektif
am : Menjelaskan,melihat kerelevenan
Objektif
Khas : Mencerakinkan,mengasingkan,membahagikan dan menjelaskan.
v.
Aras
Si ntesis
Mencantumkan
,menghubungkan,mengintegrasikan fakta-fakta atau idea yang berkaitan
Tujuan:
membentuk sesuatu yang baru
Objektif:menjelaskan
sebab sesuatu peristiwa
Objektif
Khas : Menyatakan iktibar dari sesuatu peristiwa.
vi.
Aras
penilaian
Menguji
kebolehan calon
ii.membuktikan,
menilai.mengesahkan,memberi pendapat dan sebagainya.
Tujuan:
Membuat penilaian berdasarkan criteria tertentu.
Objektif: Menilai
Objektif
khas : Menilai kefahaman berkaitan tajuk.
Contoh ditunjukkan melalui
rancangan pengajaran dibawah
Tema : 11
Bab : 5
Tajuk : Pembinaan Negara
Dan Bangsa Yang Merdeka
Spesifik Tajuk : e) Kemunculan Negara Yang Berdaulat
i.
Sistem
Ahli 1951
ii.
Pakatan
Murni 1956
iii.
Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1957
f) Pembentukan Malaysia 16 September 1963
Objektif : aras 1 (pengetahuan)
i.
Menyatakan
maksud sisitem ahli
ii.
Menyatakan
hasil Pakatan Murni
iii.
Menyatakan
idea pembentukan Malaysia
iv.
Menyenaraikan
sebab pembentukan Malaysia
v.
Menyenaraikan
syarat Perjanjian Malaysia 1963
Aras 2 ( kefahaman)
i.
Menghuraikan
kepentingan Sistem ahli
ii.
Menghuraikan
kepentingan system ahli
iii.
Menyusun
secara kronologi peristiwa pembentukan Malaysia
Aras 3 (aplikasi)
i.
Menghuraikan
kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembentukan Negara bangsa.
ii.
Menghubungkaitkan
perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dengan Perjanjian Merdeka 1957.
iii.
Menghubungkaitkan
Perjanjian Persekutuan 1957 dengan kedaulatan Negara bangsa
Aras 4 (
analisis)
i.
Menganalisis
usaha pemimpin Negara menangani reaksi luar bagi mengekalkan kemerdekaan dan
kedaulatan Negara.
ii.
Menganalisis
cara Malaysia mendapatkan memerdekaan.
Aras 5 (Sintesis)
i.
Menghuraikan
pencapaian Malaysia hari ini.
ii.
Menjelaskan
cabaran globalisasi yang dihadapi oleh Malaysia untuk terus kekal merdeka dan
berdaulat
iii.
Merangka
rancangan jangkapanjang untuk Malaysia mengatasi cabaran yang dihadapi.
Aras
5 (penilaian)
i.
i. Soalan dari semua aras disediakan
dalam bentuk struktur dan esei.
VI. REKABENTUK PENGAJARAN
I
. Pendekatan konstruktivisme
Antara
pelopor teori konstruktivisme ialah piaget(1970),Brunner dan Brand (1966),Dewey
(1938) dan Ausubel (1963). McBrien dan Brandt (1997), dan Nik Aziz (1999) kelebihan teori konstruktivisme ialah pelajar
berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh
antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina
sendiri oleh pelajar.(Subadrah Nair dan Malar a/p Muthiah,2005,hlm 26).
Pendekatan
konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana pelajar
digalakkan membina konsep yang di pelajari dengan pengetahuan sedia ada pada
mereka. Dalam proses ini pemahaman dan penghayatan dapat dipertingkatkan.
Antara model konstuktivisme yang paling sesuai untuk memupuk jati diri melalui
subjek sejarah ialah teori konstruktivisme Needham (1987).
Lima
fasa yang digunakan ialah seperti berikut:
a) Orientasi
Guru
perlu menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar terhadap
pelajaran. Cara yang boleh digunakan ialah tayangan video,keratin
akhbar,tayangan filem soal jawab dan sebagainya.
Merujuk kepada tajuk spesifik yang
dicadangkan, iaitu Pembinaan Negara Bangsa,Guru akan menayangkan,memperlihatkan
dan membincangkan tentang
i.
Gambar perjuangan orang Melayu membawa
sepanduk yang bertulis kata-kata penentangan terhadap Malayan Union iaitu satu
system pentadbiran yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1946.
ii.
Gambar
orang ramai mendermakan duit dan barang kemas sebagai membiayai delegasi Malaysia ke London yang diketuai
oleh Tunku Abdul Rahman untuk menadatangani perjanjian London 1956.
iii.
Menayangkan
Video sambutan Kemerdekaan Pertama Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957
iv.
Gambar
mayat Tok Janggut yang digantung songsang di Pasir Putih iaitu kaki diikat pada
dahan pokok dan kepalanya terjuntai kebawah.
v.
Beberapa
gambar penderitaan akibat peperangan yang difikirkan boleh menimbulkan
keinsafan pelajar tentang erti sebuah pengorbanan.
b) Pencetusan
idea
Guru perlu mengadakan
perbincangan dalam kumpulan kecil menggunakan kaedah peta minda konsep serta
membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan baru yang akan mereka belajar.Pelajar akan berbincang dalam
kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat antara
antara satu sama lain. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau
pembimbing dengan membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk membuat pembelajaran
inkuiri.
Merujuk kepada tajuk spesifik
yang sama,
Contoh inkuiri yang boleh
diwujudkan,
i.
Apakah
sebenarnya hasrat rakyat Tanah Melayu dalam gambar 1.
ii.
Kenapa
rakyat Tanah Melayu pada tahun 1956 sanggup menyerahkan harta dan wang ringgit
kepada rombongan ke London 1956
iii.
Sekiranya
pelajar adalah manusia yang ditunjukkan dalam gambar tersebut apakah perasaan
anda pada waktu itu?Kenapa?
iv.
Adakah
pelajar memiliki keberanian seperti Tok Janggut? Setakat ini apakah pengorbanan
pelajar kepada Negara.
v.
Bandingkan
kehidupan yang pelajar lalui hari ini dengan mereka yang menderita didalam
gambar yang ditunjukkan.
c.
Penstrukturan semula idea
Guru perlu mengadakan aktiviti
atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan pelajar mencabar idea asal
mereka atau idea daripada rakan dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan.
Dalam fasa ini ,kemahiran bahasa akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian
atau penyusunan idea secara turutan. Peranan guru ialah mengukuhkan konsep atau
idea yang tepat.
Contoh berdasarkan tajuk yang
sama,
1.
Susun
proses pembinaan Negara bangsa mengikut turutan diatas kertas lukisan atau media
lain seperti Komputer atau lain-lain yang difikirkan sesuai
Contoh:
Tugasan 1
Huraikan nilai-nilai yang perlu
dicontohi untuk setiap tahap pencapaian yang ditunjukkan dalam jadual.
|
Bil
|
tahun
|
Peristiwa
|
Ulasan (satu contoh drp guru
dan bincang sebanyak mungkin ulasan daripada kumpulan)
|
|
1
|
1946
|
Penolakan Malayan Union
|
-Keberanian mempertahankan maruah bangsa
|
|
2
|
1948
|
Penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu
|
-Kejayaan penyatuan orang melayu dan kesedaran tentang keinginan untuk
bebas.
|
|
3
|
1957
|
KEMERDEKAAN
|
-Kebebasan hasil daripada rundingan,Kerjasama antara
kaum,toleransi dan menghormati undang-undang.
|
|
4
|
1963
|
PEMBENTUKAN MALAYSIA
|
-Pembangunan,pemodenan,wawasan 2020 ,kebijaksanan pemimipin,Globalisasi,jati diri pendokongnya.
|
Tugasan 2
Secra Berkumpulan fikirkan apakah
yang akan terjadi jika:
i.
Orang-orang
Melayu pada tahun 1946 tidak menolak Malayan Union
ii.
Pemimpin
pada waktu itu tidak memilih rundingan sebagai jalan terbaik untuk mendapatkan
kemerdekaan.
Tugasan 3
i.
Apakah
makna kemerdekaan kepada anda.
ii.
Bagaimanakah
anda mengisi kemerrdekaan.
Tugasan 4
i.
Senaraikan
10 perbuatan remaja hari ini yang tidak cintakan Negara.
ii.
Senaraikan
sumbangan anda kepada keluarga,komuniti dan Negara.
d.
Aplikasi idea.
Pelajar akan mengaplikasikan
pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Ini
mewujudkan pemahaman yang baru dan menggalakkan inkuiri dalam kalangan pelajar
Berdasarkan tajuk spesifik yang
sama,
Contoh tugasan,
Tugasan 1
Bagaimanakah penyatuan orang
melayu,kerjasama antara kaum dan kebijaksanaan pemimpin boleh membantu
mengekalkan kemerdekaan yang telah kita kecapi.?
Tugasan 2
Berdasarkan pengetahuan anda,jelaskan kejayaan yang telah dicapai
oleh Negara Malaysia setelah 54 tahun merdeka.
Tugasan 3
Nyatakan cabaran yang dihadapi
oleh Negara pada abad ke 21 dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan
Tugasan 4
Nytakan langkah-langkah
mengatasinya.
e.
Refleksi
Pelajar
boleh membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan merenung
kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka.
Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal mereka
telah berubah. Guru boleh menngunakan kaedah penulisan kendiri,perbincangan
kumpulan dan catatan peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.
(guru mengesan pemahaman pelajar
melalui buku nota dan catatan pelajar)
Kelebihan
kaedah konstuktuvisme
1
Dapat meningkatkan pencapaian subjek
secara signifikan dalam matapelajaran sejarah
2
Dapat
meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari sejarah
3
Dapat
membantu pelajar memahami konsep dan menguasai isi kandungan matapelajaran
4
Dapat
mengukuhkan kefahaman peljar terhadap konsep(Subdrah nair dan Malar a/p
Muthiah,hlm 39)
Kesimpulannya apabila pelajar
memahami konsep dengan sendirinya pelajar dapat menghayati nilai dan semangat
patriotism dan pembentukan jati diri yang terkandung dalam mata pelajaran
sejarah.
Selain konstruktivisme kaedah
kontekstual juga berkesan untuk mengajar sejarah dan seterusnya menerapkan
pembinaan jati diri dikalangan pelajar.