CARIAN

Tuesday, 3 July 2012


V.      MEMBINA JATI DIRI MELALUI SUBJEK SEJARAH (SME)






Pendidikan Sejarah mempunyai komponen yang mencukupi bagi membentuk jati diri rakyat Malaysia. Apa yang perlu dilakukan oleh guru atau fasilitator ialah:

i.                    Membangunkan pemikiran kritis

ii.                  Menggalakkan pemikiran lateral dan penyelesaian masalah

iii.                Gabungkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman

iv.                Bagi ruang untuk kerja berkumpulan

v.                  Tingkatkan keyakinan pelajar

vi.                Jadikan pembelajaran dan pengajaran sesuatu yang menyeronokkan.(kebanyakan pelajar akan merasa bosan jika duduk dan mendengar untuk jangka masa yang lama mungkin 80-120 minit.Oleh itu rehatkan mereka dengan aktiviti bebas atau perbincangan.(Margaret Edwards,Chris Mc Goldrick and Martin Oliver : m/s 65)

Guru boleh membina kefaham pelajar dan kreativiti pelajar dengan menyusun pembelajaran mengikut Domain Taksonomi Bloom iaitu :

i.                    Aras Pengetahuan

Tujuan : Mengingat semula perkara yang sudah dipelajari tanpa berlaku sebarang perubahn

Objektif am : Mengetahui

Objektif Khas : Melabel,menyatakan,menuliskan dan menamakan.

ii.                  Aras kefahaman

Tujuan : memahami sesuatu

              2. Menjelaskan sesuatu

Objektif am : memahami,menjelaskan,menjangkakan kemungkinan

Objektif khusus           : Menjelaskan,menerangkan,membezakan

iii.                Aras aplikasi

Tujuan :  Untuk pengetahuan abstrak

2. Untuk menjelaskan menyelesaikan masalah /situasi yang abstrak kepada konkrit (maujud).

                        Objektif: Menggunakan, menyelesaikan

                        Objektif khusus : mennghubungkaitkan,menyelesaikan mengendalikan.



iv.                Aras analisis

Kebolehan menceritakan dan menyusun perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian

Tujuan: Menaakul sebab

            2.Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian

Objektif am : Menjelaskan,melihat kerelevenan

Objektif Khas : Mencerakinkan,mengasingkan,membahagikan dan menjelaskan.



v.                  Aras Si            ntesis

Mencantumkan ,menghubungkan,mengintegrasikan fakta-fakta atau idea yang berkaitan

Tujuan: membentuk sesuatu yang baru

Objektif:menjelaskan sebab sesuatu peristiwa

Objektif Khas : Menyatakan iktibar dari sesuatu peristiwa.



vi.                Aras penilaian

Menguji kebolehan calon

ii.membuktikan, menilai.mengesahkan,memberi pendapat dan sebagainya.

Tujuan: Membuat penilaian berdasarkan criteria tertentu.

Objektif:          Menilai

Objektif khas : Menilai kefahaman berkaitan tajuk.





























Contoh ditunjukkan melalui rancangan pengajaran dibawah



Tema   :           11

Bab      :           5

Tajuk   :           Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka

Spesifik Tajuk : e) Kemunculan Negara Yang Berdaulat

i.                    Sistem Ahli 1951

ii.                  Pakatan Murni 1956

iii.                Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

    f) Pembentukan Malaysia 16 September 1963

Objektif           : aras 1 (pengetahuan)

i.                    Menyatakan maksud sisitem ahli

ii.                  Menyatakan hasil Pakatan Murni

iii.                Menyatakan idea pembentukan Malaysia

iv.                Menyenaraikan sebab pembentukan Malaysia

v.                  Menyenaraikan syarat Perjanjian Malaysia 1963

Aras 2 ( kefahaman)

i.                    Menghuraikan kepentingan Sistem ahli

ii.                  Menghuraikan kepentingan system ahli

iii.                Menyusun secara kronologi peristiwa pembentukan Malaysia

Aras 3 (aplikasi)

i.                    Menghuraikan kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembentukan Negara bangsa.

ii.                  Menghubungkaitkan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dengan Perjanjian Merdeka 1957.

iii.                Menghubungkaitkan Perjanjian Persekutuan 1957 dengan kedaulatan Negara bangsa

Aras 4 ( analisis)

i.                    Menganalisis usaha pemimpin Negara menangani reaksi luar bagi mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan Negara.

ii.                  Menganalisis cara Malaysia mendapatkan memerdekaan.

Aras 5 (Sintesis)

i.                    Menghuraikan pencapaian Malaysia hari ini.

ii.                  Menjelaskan cabaran globalisasi yang dihadapi oleh Malaysia untuk terus kekal merdeka dan berdaulat

iii.                Merangka rancangan jangkapanjang untuk Malaysia mengatasi cabaran yang dihadapi.



                        Aras 5 (penilaian)

i.                    i.          Soalan dari semua aras disediakan dalam bentuk struktur dan esei.



                                   







VI.      REKABENTUK PENGAJARAN








I . Pendekatan konstruktivisme





            Antara pelopor teori konstruktivisme ialah piaget(1970),Brunner dan Brand (1966),Dewey (1938) dan Ausubel (1963). McBrien dan Brandt (1997), dan Nik Aziz (1999)  kelebihan teori konstruktivisme ialah pelajar berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina sendiri oleh pelajar.(Subadrah Nair dan Malar a/p Muthiah,2005,hlm 26).

            Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana pelajar digalakkan membina konsep yang di pelajari dengan pengetahuan sedia ada pada mereka. Dalam proses ini pemahaman dan penghayatan dapat dipertingkatkan. Antara model konstuktivisme yang paling sesuai untuk memupuk jati diri melalui subjek sejarah ialah teori konstruktivisme Needham (1987).

           



















Lima fasa yang digunakan ialah seperti berikut:



a)      Orientasi

Guru perlu menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar terhadap pelajaran. Cara yang boleh digunakan ialah tayangan video,keratin akhbar,tayangan filem soal jawab dan sebagainya.

      Merujuk kepada tajuk spesifik yang dicadangkan, iaitu Pembinaan Negara Bangsa,Guru akan menayangkan,memperlihatkan dan membincangkan tentang

i.                     Gambar perjuangan orang Melayu membawa sepanduk yang bertulis kata-kata penentangan terhadap Malayan Union iaitu satu system pentadbiran yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1946.

ii.                  Gambar orang ramai mendermakan duit dan barang kemas sebagai membiayai  delegasi Malaysia ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman untuk menadatangani perjanjian London 1956.

iii.                Menayangkan Video sambutan Kemerdekaan Pertama Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957

iv.                Gambar mayat Tok Janggut yang digantung songsang di Pasir Putih iaitu kaki diikat pada dahan pokok dan kepalanya terjuntai kebawah.

v.                  Beberapa gambar penderitaan akibat peperangan yang difikirkan boleh menimbulkan keinsafan pelajar tentang erti sebuah pengorbanan.





b)     Pencetusan idea

Guru perlu mengadakan perbincangan dalam kumpulan kecil menggunakan kaedah peta minda konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar.Pelajar akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat antara antara satu sama lain. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau pembimbing dengan membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk membuat pembelajaran inkuiri.

Merujuk kepada tajuk spesifik yang sama,

Contoh inkuiri yang boleh diwujudkan,

i.                    Apakah sebenarnya hasrat rakyat Tanah Melayu dalam gambar 1.

ii.                  Kenapa rakyat Tanah Melayu pada tahun 1956 sanggup menyerahkan harta dan wang ringgit kepada rombongan ke London 1956

iii.                Sekiranya pelajar adalah manusia yang ditunjukkan dalam gambar tersebut apakah perasaan anda pada waktu itu?Kenapa?

iv.                Adakah pelajar memiliki keberanian seperti Tok Janggut? Setakat ini apakah pengorbanan pelajar kepada Negara.

v.                  Bandingkan kehidupan yang pelajar lalui hari ini dengan mereka yang menderita didalam gambar yang ditunjukkan.

c. Penstrukturan semula idea

Guru perlu mengadakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan pelajar mencabar idea asal mereka atau idea daripada rakan dan membina struktur pengetahuan  sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini ,kemahiran bahasa akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan idea secara turutan. Peranan guru ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat.



Contoh berdasarkan tajuk yang sama,

1.      Susun proses pembinaan Negara bangsa mengikut turutan diatas kertas lukisan atau media lain seperti Komputer atau lain-lain yang difikirkan sesuai





Contoh:

Tugasan 1

Huraikan nilai-nilai yang perlu dicontohi untuk setiap tahap pencapaian yang ditunjukkan dalam jadual.



Bil
tahun
Peristiwa
Ulasan (satu contoh drp guru dan bincang sebanyak mungkin ulasan daripada kumpulan)
1
1946
Penolakan Malayan Union
-Keberanian mempertahankan maruah bangsa
2
1948
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
-Kejayaan penyatuan orang melayu dan kesedaran tentang keinginan untuk bebas.
3
1957
KEMERDEKAAN
-Kebebasan hasil daripada rundingan,Kerjasama antara kaum,toleransi dan menghormati undang-undang.
4

1963
PEMBENTUKAN MALAYSIA
-Pembangunan,pemodenan,wawasan 2020 ,kebijaksanan pemimipin,Globalisasi,jati diri pendokongnya.





Tugasan 2

Secra Berkumpulan fikirkan apakah yang akan terjadi jika:

i.                    Orang-orang Melayu pada tahun 1946 tidak menolak Malayan Union

ii.                  Pemimpin pada waktu itu tidak memilih rundingan sebagai jalan terbaik untuk mendapatkan kemerdekaan.





Tugasan 3

i.                    Apakah makna kemerdekaan kepada anda.

ii.                  Bagaimanakah anda mengisi kemerrdekaan.

Tugasan 4

i.                    Senaraikan 10 perbuatan remaja hari ini yang tidak cintakan Negara.

ii.                  Senaraikan sumbangan anda kepada keluarga,komuniti dan Negara.







d. Aplikasi idea.



Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan menggalakkan inkuiri dalam kalangan pelajar



Berdasarkan tajuk spesifik yang sama,

Contoh tugasan,

Tugasan 1

Bagaimanakah penyatuan orang melayu,kerjasama antara kaum dan kebijaksanaan pemimpin boleh membantu mengekalkan kemerdekaan yang telah kita kecapi.?

Tugasan 2

Berdasarkan pengetahuan  anda,jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Negara Malaysia setelah 54 tahun merdeka.

Tugasan 3

Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh Negara pada abad ke 21 dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan

Tugasan 4

Nytakan langkah-langkah mengatasinya.



e. Refleksi

            Pelajar boleh membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menngunakan kaedah penulisan kendiri,perbincangan kumpulan dan catatan peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.



(guru mengesan pemahaman pelajar melalui buku nota dan catatan pelajar)



Kelebihan kaedah konstuktuvisme

1        Dapat meningkatkan pencapaian subjek secara signifikan dalam matapelajaran sejarah

2        Dapat meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari sejarah

3        Dapat membantu pelajar memahami konsep dan menguasai isi kandungan matapelajaran

4        Dapat mengukuhkan kefahaman peljar terhadap konsep(Subdrah nair dan Malar a/p Muthiah,hlm 39)

Kesimpulannya apabila pelajar memahami konsep dengan sendirinya pelajar dapat menghayati nilai dan semangat patriotism dan pembentukan jati diri yang terkandung dalam mata pelajaran sejarah.

Selain konstruktivisme kaedah kontekstual juga berkesan untuk mengajar sejarah dan seterusnya menerapkan pembinaan jati diri dikalangan pelajar.